"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelab Penyokong PAS Sebagai Ahli Tetap Akan Diteruskan

PAS tidak melewat-lewatkan penyertaan bukan Islam sebagai ahli seperti didakwa oleh kelab penyokong parti itu kerana satu jawatankuasa telah ditubuhkan bulan lalu. 

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Mujahid Yusof Rawa memberitahu 
Malaysiakini, jawatankuasa teknikal itu bertujuan mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan parti bagi membolehkan kelab tersebut dijadikan satu sayap utama parti bertaraf dewan.

Tambahnya, jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Hassan Shukri dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum rumusan dibawa kepada jawatankuasa pusat parti. 

nik aziz and hu pang chow 140509Mujahid, yang juga ahli parlimen Parit Buntar, diminta mengulas pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) Hu Pang Chow yangmenggesa ia disegerakan demi memastikan parti itu terus mendapat sokongan pengundi bukan Melayu, khususnya dalam pilihanraya umum depan.

Jawatankuasa itu disertai kira-kira enam orang pemimpin PAS, termasuk beliau sendiri dan ahli-ahli jawatankuasa pusat parti. 

Diminta mengulas kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
menangguhkan penyertaan anggota bukan Islam, Mujahid berkata, setakat kefahamannya, mursyidul am PAS tidak bermaksud "untuk KIV" atau diperap tetapi memberikan penjelasan kepada perwakilan-perwakilan di muktamar PAS, awal bulan depan. 

Tambahnya, Nik Aziz mungkin bermaksud penangguhan itu hanya buat seketika, sementara menunggu penjelasan dan reaksi perwakilan di muktamar ke-55 di Shah Alam. 

Mujahid berkata, penaikan taraf kelab tersebut ke peringkat sebuah dewan - seperti Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat - memerlukan mesyuarat agung khas yang membolehkan pindaan perlembagaan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: