"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS bantah DBKL roboh rumah Indian Settlement

Dewan Pemuda PAS Titiwangsa membantah sekeras-kerasnya tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan merobohkan rumah penduduk di Indian Settlement di Kampung Pandan.

Ketua Penerangannya, Raja Sidqi Raja Lope berkata, DBKL telah memberikan notis kepada penduduk Indian Setlement untuk menjalankan kerja perobohan Khamis ini.

"Tindakan meroboh ini menunjukkan kerajaan langsung tidak mempedulikan nasib rakyat di situ. Kerajaan dilihat hanya terus mengejar kemajuan dan keuntungan tanpa menoleh dan memikirkan nasib rakyat yang ditimpa kesusahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau mendakwa bahawa slogan "Satu Malaysia" ciptaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib "yang kononnya akan mengutamakan kesejahteraan rakyat menjadi laungan kosong semata-mata".

Raja Sidqi berkata, walaupun pihak yang bertanggungjawab telah menyediakan penempatan di Kampung Muhibbah, Puchong, tetapi ia masih tidak menyelesaikan masalah penduduk India Settlement.

"Malah (ia) akan lebih menyukarkan hidup mereka. Hampir semua penduduk India Setlement bekerja di Kuala Lumpur dan anak-anak mereka bersekolah di sekitar Kampung Pandan.

"Bayangkan bagaimana sukarnya hidup mereka ini apabila terpaksa tinggal di Puchong kerana rata-rata penduduk India Settlement akan masuk kerja pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. 

kawasan indian settlement kampung pandan titiwangsa parlimen 110509
"Jarak perjalanan yang lebih jauh di tambah lagi dengan keadaan jalan yang sentiasa sesak pada waktu pagi, akan melambatkan mereka masuk kerja dan seterusnya memberi kesan negatif prestasi mereka di tempat kerja. .

"Jika mereka berhenti kerja, mampukah kerajaan memberi jaminan mereka mendapat kerja di sekitar kawasan penempatan baru nanti," katanya.

Selain itu, tegas Raja Sidqi berkata, anak-anak mereka pula terpaksa berpindah ke sekolah lain yang lebih jauh.

"Kami mendapat maklumat kawasan penempatan yang disediakan adalah jauh daripada sekolah. 

"Sehubungan itu, kerajaan sepatutnya menyediakan tempat tinggal yang sesuai dengan mengambil kira faktor pekerjaan penduduk dan pendidikan anak-anak mereka," tegasnya.

raja nong chik raja zainal abidinKatanya, pentadbiran di bawah Menteri Wilayah Persekutuan yang baru, Datuk Raja Nong Chik sepatutnya menunjukkan keprihatinan lebih baik kepada rakyat dan penduduk di sekitar Kuala Lumpur yang semakin tenggelam di celah-celah pembangunan.

"Pihak berkuasa juga mesti terlebih dahulu memahami, meneliti dan mengutamakan nasib penduduk India Settlement sebelum bertindak merobohkan kawasan tersebut. 

"Jangan kita mengorbankan hidup rakyat demi mengejar pembangunan yang belum tentu berguna kepada rakyat," katanya

Dewan Pemuda PAS Titiwangsa juga mengajak semua rakyat yang cintakan keadilan bersama-sama penduduk India Settlement turun membantah tindakan DBKL ini pada 13 Mei (Rabu).

Menurutnya, mereka akan berhimpun di hadapan bangunan DBKL untuk mempertahankan Indian Settlement dari dirobohkan pada
hari berikutnya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: