Timbalan menteri berkenaan telah menerima sebutir kelongsong peluru bersama nota yang memberi amaran kepadanya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti PPP. Pemimpin parti Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk T Murugiah menerima sebutir kelongsong peluru bersama satu nota yang memberi amaran kepadannya supaya jangan bertanding sebarang jawatan dalam pemilihan parti itu. Difahamkan, kelongsong peluru itu serta nota berkenaan ditinggalkan dalam sebuah bungkusan di luar pejabatnya di Putrajaya. Murugiah yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, menemui bungkusan tersebut pada kira-kira jam 2 petang tadi. Antara lain, nota tersebut berbunyi, jika Murugiah bertanding menentang (president M) Kayveas, beliau akan menerima peluru hidup selepas ini. Hubungan Murugiah dengan presiden PPP kebelakangan ini menjadi tegang dan timbalan menteri itu kemudiannya dipecat sebagai anggota Majlis Tertinggi parti itu. Kayveas dan Murugiah tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen. "Timbalan menteri agak gementar sedikit ekoran insiden tersebut. Kami percaya ianya bermotifkan politik kerana popularitinya semakin memuncak," kata seorang pembantu Murugiah yang tidak mahu disebut namanya. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Murugiah Terima Kelongsong Peluru
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan