Assalamualaikum w.b.t dan Salam Reformasi,
Hari ini rakyat dianugerahkan Allah s.w.t. dengan kemenangan moral di atas keputusan mahkamah tinggi mengumumkan bahawa YAB MB DS Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak yang sah. Sekaligus Zambry dikira MB haram yang SAH haram jadah!! Demikian juga barisan Exco UBN yang haram. Dengan kemenangan ini beerti kerajaan PR dan DS Nizar kini berada di puncak kuasa semula. Harus diingat bahawa apapun natijahnya, ianya hanyalah bersifat sementara, maka wajib kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t.
Jangan terlalu gembira dengan situasi ini, banyak lagi kerja yang harus dilaksanakan untuk rakyat, khususnya di Negeri Perak DR di samping memelihara kemenangan dan mengekalkan momentum, mood rakyat seluruhnya. Kita panjatkan syukur alhamdulillah, kita ucapkan tahniah kepada DS Nizar, kita ucapkan tahniah juga kepada YB Speaker dan ADUN-ADUN PR yang bertungkus lumus berjuang hingga ke titisan darah terakhir (Kalau betul berjuang pun, UBN hanya tahu berjuang ke titisan peluh terakhir).
Diharap DS Nizar dapat dengan kadar segera memohon perkenan ke bawah DYMM Tuanku Sultan Perak untuk membubarkan DUN. Jelas di sini PR tidak tamakkan kuasa, hak rakyat dikembalikan, PR mahu DUN tetap dibubarkan walaupun DS Nizar masih MB yang sah. Memang inilah yang sepatutnya dilakukan terlebih awal lagi. DS Nizar dan Kerajaan PR sanggup menanggung risiko kehilangan kuasa semula, kita mesti yakin dan redha dengan apapun keputusan selepas ini. Kalah dalam satu pertempuran tidak bererti akan kalah dalam peperangan. Apapun, pembubaran DUN akan membolehkan tiga ekor katak yang membawa musibah dinyahkan selama-lamanya. Jangan kita lupa mereka-mereka ini harus dihukum dan jangan dibiarkan terlepas dari diadili oleh rakyat.
Selepas ini pastinya akan ada sahaja rancangan gerombolan bacul UBN sama ada akan mengadakan sidang tergempar DUN untuk undi tidak percaya terhadap MB yang sah atau mereka akan memohon penangguhan keputusan mahkamah tinggi. Apapun yang mereka rancangkan, Allah MAHA bijak merencanakan. Mereka kini tersepit, terdedah dan sudah terjatuh “kemaluan” semahu-mahunya, kata orang Kedah, depa dok kelepiaq kot mana boleh. Jika ditakdirkan rakyat dan PR di pihak yang kalah sekali pun, marilah kita sama bermunajat dan terus berdoa kepada Allah s.w.t. agar Zambry & Co. akan terus-terusan mendapat malu, malu demi malu seperti hari ini.
Seandainya Tuanku Sultan tidak berkenan membubarkan DUN Perak sekalipun, jangan kita gundah gulana, jangan kita kecewa kerana kemenangan moral telah kita perolehi dengan keputusan mahkamah hari ini dan juga gelagat UBN merampas kuasa di DUN tempoh hari. Mata rakyat dan dunia telah terbuka seluas-luasnya. Kita bukan di pihak yang rugi kerana akan tiba PRU-13, mahu atau tidak gerombolan UBN terpaksa berhadapan dengan Mahkamah Rakyat pula. Kesempatan di PRU-13 akan kita gunakan untuk membelasah puak-puak ini melalui peti undi, insyaAllah.
UMNO gagal menyedari hakikat bahawa mereka sudah keseorangan, malah parti-parti komponen BN yang lain sudah mula menjauhkan diri. Mungkin pimpinan di atas, sama ada MCA, Gerakan, MIC dan yang sama waktu dengannya kelihatan semacam terus bersama UMNO, hakikatnya ahli bawahan dan pemimpin pertengahan sudah mula mual dengan UMNO. Petang ini melalui perbualan saya dengan seorang pemimpin peringkat bahagian MCA, beliau menyatakan rasa gembira dengan keputusan mahkamah dan menyumpah UMNO di atas kejadian di DUN Perak tempoh hari. Katanya lagi beliau bukan keseorangan, ramai lagi ahli MCA yang berpandangan sedemikian. Tiba PRU-13, UBN pasti akan bungkus!! Itu keyakinan orang dalam UBN sendiri!!
Kini PR harus bertindak pantas!! Maksud saya betul-betul pantas!! Jangan diberi peluang UBN bernafas untuk rancangan seterusnya kerana mereka ada keupayaan itu dengan mempergunakan seluruh instrumen kerajaan. Rakyat ingin melihat PR agar lebih “offensive” bukan lagi “defensive”, khususnya di Perak. Tindakan awal yang secara peribadinya saya lihat perlu dipertimbangkan dengan serious oleh YAB MB DS Nizar dan YB Speaker adalah mengambil tindakan tegas atau tindakan undang-undang kepada mereka-mereka yang selama ini bersekongkol menjahanamkan kerajaan PR Perak sejak beberapa bulan UBN merampas kuasa. Selain dari menyahkan Zambry & Co. dari pejabat dengan cara terhormat, antara tindakan undang-undang yang patut diambil adalah terhadap :
1) Penasihat Undang-undang Negeri Perak (yang dah pun digantung tugas serta-merta)
2) SU DUN Perak (yang sebenarnya dah pun digantung)
3) SUK Negeri Perak
4) Ketua Polis Perak
5) Bentara DUN Perak
6) Dan konco-konco mereka yang sama waktu dengannya.
Mungkin akan ada pihak yang mempertikaikan keberkesanan tindakan undang-undang terhadap mereka ini, tetapi pada hemat saya, biarlah sekurang-kurangnya ia kekal sebagai rekod daripada dilupakan dalam lipatan sejarah. Inilah pengkhianat-pengkhianat, pemusnah, pencabul demokrasi yang harus “diingati” oleh rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khususnya sehingga generasi akan datang.
PR harus bertindak pantas, secara betul, secara lebih bijak, agresif dan “offensive” mengikut saluran undang-undang. Jangan terlalu berhemah sehingga memberi peluang kepada para pengkhianat ini tidak kira apapun alasan mereka. Melanggar undang-undang, menghina DUN tetap suatu perlakuan yang salah. Sudah cukuplah jangan diberi muka kepada puak-puak ini kerana terbukti mereka ibarat “kaduk naik ke junjung”. YAB MB pun sanggup mereka sergah, YB Speaker pun sanggup mereka hina dan perlakukan sedemikian keji? Apa yang nak diharapkan lagi dari puak-puak ini? Nak minta mereka insaf? Malammmm......sikit!!!
Takbir 3X!
Wassalam
Tapai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan