"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjilat Umno Buat Laporan Polis Terhadap MB S'gor

Abdul Rahim Sabri  
Dua laporan polis dibuat terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataannya meminta kerajaan persekutuan dan polis mengkaji semula undang-undang berkaitan perhimpunan awam di negara ini.

Dua laporan tersebut tersebut dibuat oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di ibupejabat polis Sentul di ibunegara petang ini.

pewaris police report against khalid ibrahim 270509Laporan Pewaris dibuat oleh pegawai bertindaknya, Syed Mohd Firdaus Khadry Syed Abdul Aziz, manakala laporan IRIMM dibuat ahli majlis tertingginya, Mohd Hussien Abu Bakar pada kira-kira jam 2.55 petang.

Dalam laporannya, Pewaris mendakwa, kenyataan Khalid yang disiarkan media pada 26 Mei lalu, boleh menghasut orang awam berhimpun secara haram dan melanggar undang-undang, seterusnya mengancam kestabilan politik dan masyarat di Malaysia.

Sementara itu, dalam sidang akhbar bersama selepas itu, presiden IRIMM, Amir Hamzah membaca kenyataan membantah sekeras-kerasnya kenyataan khalid supaya dikaji semula undang-undang berkaitan dengan perhimpunan awam di negara ini.

Beliau menyifatkan kenyataan menteri besar Selangor itu sebagai tidak berasas dan tidak boleh diterima oleh rakyat.

"Kerajaan persekutuan dan polis adalah bertanggungjawab kepada rakyat untuk membawa keamanan dan ketenteraman, supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini.

"Mengkaji semula perhimpunan awam tidak akan membawa kepada keamanan. Ia akan membawa kepada kemudaratan dan huru-hara yang tidak menentu dan ia juga akan menggugat kedudukan ekonomi negara ini," tegasnya.

Penahanan ADUN Teratai


Kira-kira 15 penyokong Pewaris turut hadir dengan memakai baju-T berwarna hitam yang bertulis "DAULAT TUANKU".

Sebelum ini, Bernama melaporkan Khalid sebagai berkata kajian itu perlu bagi menentukan kriteria dan syarat yang diperlukan bagi mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan.

Kerajaan, kata Khalid, perlu merangka undang-undang berhubung perhimpunan awam yang mengikut piawaian antarabangsa.

Menteri besar Selangor itu dilaporkan membuat kenyataan tersebut, sebagai mengulas penahanan polis dan perintah reman terhadap 16 orang termasuk ADUN Teratai Jenice Lee, kerana mengadakan perhimpunan sambil memasang lilin di Pandan Indah, malam Khamis lalu.

Perhimpunan itu diadakan sebagai berkabung "kematian demokrasi di Perak" di luar pusat khidmat ADUN berkenaan.

Khalid juga dilaporkan berkata, penahanan itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan Jenice  dan yang lain-lainnya, berhimpun secara aman semata-mata untuk melahirkan rasa tidak puashati dan tiada tanda-tanda bahawa perhimpunan itu mengancam ketenteraman awam.

Ketua Siasatan Jenayah Ampang Jaya DSP Goh Lee Fook, pula dilaporkan berkata tiada permit dikeluarkan bagi perhimpunan itu.

Kesemua mereka ditahan reman selama dua hari sebelum dibebaskan pada hari Ahad.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: