Humayun Kabir |
Malaysia telah menjadi sebuah negara polis, dakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Polis, dakwanya, bertindak menahan orang awam sesuka hati mereka tanpa menghiraukan hak asasi manusia. Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk, yang menurutnya, lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara. "Sekarang jumlah mereka yang ditahan kali ini mencecah 157 orang di mana 80 daripadanya adalah di Perak," katanya. Ngeh berkata, 'Polis DiRaja Malaysia' kini dikenali oleh rakyat Perak sebagai 'Polis Raja Di-Malaysia' kerana didakwanya, menyekat sepenuhnya kebebasan bersuara dan bergerak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Malam tadi, G Haridas, 34 - pemandu setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming - dan ahli Majlis Perbandaran dari DAP, Simon Uthaya Kumar, 51, ditahan diluar pintu masuk bangunan ibupejabat di Ipoh. Berlaku 'perang mulut' antara Ngeh, Nga dan timbakan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut. Ibrahim dikatakan memberitahu bahawa polis boleh menangkap orang ramai yang berkumpul dalam kumpulan lima orang atau lebih. Bagaimanapun, Ngeh pula menegaskan bahawa alasan tersebut tidak boleh diterima kerana dua orang sahaja yang ada ketika (Haridas dan Simon) dan mendakwa ia merupakan penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
DAP: 'Polis Raja Di-Malaysia'...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan