
"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdanmengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.
"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya,"kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyenBandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan. Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi bakiRM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut.Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92.(Sumber Informasi: TV Antara)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan