"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akta Zalim ISA : Ibu Tahanan ISA Meninggal Dunia


   

Penantian seorang ibu selama lapan tahun yang ingin melihat  anak yang amat di kasihinya bebas dari pada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri , tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.

Allahyarhamah Sauda  Abdul merupakan ibu kepada tahanan ISA Mat Sah  Mohamed Satry yang di tahan di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping  sejak 2001.

Ibu berusia 71 tahun itu meninggal dunia  akibat sakit tua di rumanya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Menurut  suami beliau kali terakhir allahyarhamah bertemu Mat Sah adalah pada Ahad  lepas setelah beliau dibenarkan pulang buat seketika untuk bertemu  ibunya yang sakit tenat.

"Pertemuan antara ibu dan anaknya itu berlangsung dalam suasana yang gembira dan beliau tidak mengetahui apa  perbualan mereka tetapi beliau sempat mendengar isterinya bertanya  bilakah agaknya anaknya itu akan kembali ke pangkuan keluarga seperti dulu,” kata beliau.

Mat Sah tiba jam 3.00 petang dengan di iringi  kawalan ketat lapan anggota polis yang  berpakaian preman.

Beliau ditahan tanpa bicara di bawah ISA kerana dituduh terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah.

Pertemuan antara anak dan ibu berlangsung dalam suasana yang cukup pilu apabila Mat Sah diberi peluang menatapi dan mengucup wajah ibunya buat kali terakhir.

Bapa Mat Sah merayu pihak kerajaan mentimbangkan pembebasan anaknya kerana sudah terlalu lama beliau di tahan tanpa sebab yang munasabah.

 “Saya juga amat berharap agar pihak kerajaan dapat mempertimbangkan hukuman pada anaknya kerana setahu beliau, anaknya tidak pernah  melakukan apa-apa perkara yang boleh menggugat keselamatan negara,” kata Mohamed Satry.

Antara yang sempat  menziarahi jenazah Sauda ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo’lo’ Ghazali dan Ketua Muslimat PAS Pusat Ustazah Nuridah Salleh .

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: