"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Krisis PPP : Kayveas Didakwa Hilang Kelayakan Pimpin PPP Sejak 2005

PUTRAJAYA: Kumpulan pro-T. Murugiah mendakwa Datuk M. Kayveas sudah tidak layak memegang jawatan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) kerana pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam lima tahun lalu.

Justeru kumpulan itu mendakwa Kayveas telah hilang kelayakan untuk memegang apa-apa jawatan dalam PPP termasuk Presiden sejak 2005.

Jurucakap kumpulan itu, Dr. N.A. Shanmuganathan berkata, pihaknya telah membuat aduan di Pendaftar Pertubuhan pagi ini.

Kayveas telah mengekalkan jawatan Presiden PPP pada Oktober 2005. Beliau merupakan Presiden PPP sejak 1993.Menurut kumpulan itu, Kayveas didenda RM5,000. 
-mstar.com.my-

Tiada ulasan: