"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Manek Urai : PAS lancar jentera pilihan raya

Wartawan Kita  

KUALA KRAI, 29 Mei (Hrkh) - Suasana pilihan raya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Manek Urai kini semakin rancak. PAS akan melancarkan jentera kempennya di Kampung Manek Urai Baru.

Pelancarannya dijangka disempurnakan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira jam 3 petang bertempat di bangunan Pasti.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, sebelum itu Menteri Besar akan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di Laloh.

"Pada pelancaran jentera tersebut juga akan diadakan majlis penyampaian pampasan skim Takaful Kifalah kepada 50 keluarga warga emas yang telah meninggal dunia," katanya di sini.

Sementara itu Umno juga mulai berkempen dengan naik turun rumah penduduk.

Seorang penduduk di Kampung Chuchuh Puteri mendakwa petugas Umno terbabit menawarkan mesin menebas dan pam racun secara percuma kepada mereka.

Katanya, penduduk juga dijanjikan dengan pelbagai bantuan lain dengan syarat memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Hari penamaan calon pilihan raya tersebut pula pada 6 Julai. Pilihan raya terbabit diadakan berikutan kematian Adun, Haji Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.

Tiada ulasan: