Tiga pekerja terbunuh, termasuk mayat yang ditemui hari ini, di bangunan lama pusat membeli-belah Jaya Supermarket yang ranap apabila operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang semalam. Mayat ketiga ditemui jam 3.30 pagi, lebih 10 jam selepas lima tingkat bangunan itu tiba-tiba runtuh kira-kira pukul 5 petang hingga tingkat bawah tanah. Dua berjaya dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital dalam tempoh dua jam pertama selepas tragedi. Sementara empat lagi baru dikesan - tidak jauh dari mayat ketiga - walaupun belum berjaya dikeluarkan, lapor laman web Star Online. Dua mayat ditemui menjelang jam 7 petang semalam di bawah runtuhan bangunan yang pernah menjadi mercu tanda daerah Petaling Jaya. Bangunan berusia 35 itu yang pernah menempatkan pusat membeli-belah dan beberapa kedai ditutup Februari tahun lepas sebelum pemilik baru ingin membina bangunan baru di atas tapak yang sama. -malaysiakini- |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Mayat ketiga dari Jaya Supermarket
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan