"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

DUN Manek Urai: Pilihan raya kecil 14 Julai

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai.

Demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya sebentar tadi.

Pilihanraya ini diadakan berikutan kekosongan kerusi berkenaan apabila penyandangnya Ismail Yaakob meninggal dunia, akibat sakit jantung, 22 Mei lalu.

Seramai 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi dalam kerusi kawasan pedalaman itu di kawasan parlimen Kuala Krai.

SPR akan menggunakan daftar pemilih yang dikemaskini sehingga Jumaat lalu.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: