"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Chua masuk PKR tanpa syarat

Bekas naib presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng menyertai PKR tanpa syarat, kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ini penting untuk saya sahkan. Kita bincang isu-isu dan kita minta penjelasan daripada beliau. Beliau meminta rekod daripada kita.

"Kita juga lihat beberapa kenyataan beliau. Saya ucapkan terima kasih kerana menerima kita tanpa syarat," kata Anwar dalam satu sidang akhbar selepas Chua mengumumkan penyertaannya dalam PKR.

Oleh itu, katanya, tidak berbangkit soal Chua akan diberikan kerusi tertentu sebagai satu syarat menyertai PKR.

Ditanya sama ada bekas menteri kesihatan itu akan diberi jawatan tertentu dalam PKR, Anwar Ibrahim berkata ia akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik dan majlis tertinggi parti sebelum mendapat persetujuan presiden parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum itu, mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR ketika berucap di majlis forum anjuran PKR di Sunway.

Kelmarin, Chua mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri, di Johor.

Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.

Hadiri perkebumian Teoh

Sementara itu, Anwar berkata beliau akan menghadiri upacara pengkebumian bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock dan akan menziarahi keluarga mendiang Isnin ini.

"Kita mesti berani kata, tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, Iban... anak Melayu, anak saya, anak Cina anak saya, baru kita berani kata, itu satu Malaysia," katanya.

Mengulas lanjut berhubung kematian Beng Hock, Anwar menegaskan Islam memuliakan nyawa dan harta benda sesorang kerana ia merupakan antara prinsip utama dalam Islam.

Ini kerana, pencerobohan terhadap nyawa dan harta benda tersebut tidak boleh dimain-main dan dipandang ringan dalam Islam.

Dalam majlis tersebut juga, beliau mempersoalkan mengapa tidak ada siasatan terhadap pemimpin Malaysia berhubung pembelian kapal selam dan helikopter.

"Beratus juta, beli kapal selam, tutup fail. Ratus juta beli helikopter, tak tengok.

"Sebab apa? Sebab ada komisen tinggi, ada siasatan? Tidak... sebab untuk membela kementerian dan orang besar, pemimpin Umno dan Barisan Nasional," katanya.

Tiada ulasan: