Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat exco negeri semalam.
Langkah tersebut, katanya, bertujuan untuk menjamin keselamatan pegawai di samping memberi kerjasama kepada SPRM sehingga selesai siasatan ke atas tragedi kematian pegawai kerajaan, mendiang Teoh.
"Kerajaan negeri juga akan melantik satu panel peguam untuk membantu mana-mana pegawai kerajaan yang disoal-siasat," katanya.
Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui
Menteri besar juga berkata, siasatan SPRM terhadap pegawai kerajaan dan wakil rakyat Pakatan Rakyat, hanya boleh dijalankan di dalam pejabat mereka bertugas.
Mengenai penubuhan suruhanjaya diraja itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal dengan keputusan menghadkan siasatannya kepada memastikan sama ada hak asasi Teoh dicabul ketika disoal siasat oleh SPRM.
Katanya, kerajaan negeri percaya suruhanjaya itu perlu dipertanggungjawabkan untuk menyiasat kematian Teoh dan bukannya inkues seperti apa yang diputuskan oleh kabinet.
Kerajaan negeri juga mempersoalkan keperluan untuk mengguna dua prosiding yang berlainan untuk menyiasat perkara yang berkait rapat dan melibatkan saksi-saksi yang sama.
"Kita telah meminta satu suruhanjaya diraja menyiasat kematian mendiang Teoh dan juga kredibilibi SPRM. Kita merasakan suruhanjaya diraja adalah prosiding yang terbaik bagi memastikan keadilan untuk mediang dan keluarganya," katanya.
Bagaimanapun, menteri besar berkata, peguam akan dilantik untuk mewakili kerajaan negeri dalam prosiding suruhanjaya diraja dan inkues tersebut.
"Langkah ini adalah perlu memandangkan mendiang Teoh adalah pegawai kerajaan negeri dan juga untuk memastikan hak-hak mediang dan keluarganya terbela," tambahnya.
-malaysiakini.com-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan