"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Teoh: Saran lantik Salleh Abbas anggota s'jaya diraja

Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi (Gerak) mencadangkan agar bekas ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dilantik menganggotai suruhanjaya diraja yang menyiasat prosedur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menjalankan siasatan.

"Gerak menyarankan agar individu yang berintegriti dilantik menganggotai suruhanjaya diraja itu," kata Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus.

"Bekas-bekas hakim yang terbukti prestasinya, boleh dipilih menganggotai dan mengetuai suruhanjaya diraja tersebut, seperti Tun Salleh Abbas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Nazree, siasatan suruhanjaya diraja itu juga perlu merangkumi aspek hak asasi Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM.

Mayat Teoh ditemui Khamis lalu, selepas disoal siasat SPRM berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Mohd Nazree berkata, inkues awam untuk menyiasat punca kematian TEoh juga adalah langkah bersepadu yang wajar diambil.

"Penubuhan suruhanjaya seumpama ini adalah langkah bijak bagi menyediakan suatu bentuk laporan yang boleh menjawab beberapa kemusykilan rakyat tentang tragedi kematian tersebut," kata Mohd Nazree.
-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: