"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Teoh: S'jaya diraja mesti siasat punca kematian Teoh - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya bidang tugas suruhanjaya diraja turut meliputi punca kematian Teoh Beng Hock.

Mengulas perkara itu dalam blognya, Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah tunduk kepada desakan rakyat yang mahukan keadilan bagi Teoh - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Teoh ditemui mati beberapa jam selepas disoalsiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khamis lalu berhubung dakwaan salahguna peruntukan bagi DUN di Selangor.

Menurut Anwar, melihat kepada bidang tugas suruhanjaya diraja itu, seperti yang diputuskan oleh kabinet semalam, ia hanya untuk menyiasat taktik yang digunakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan bukannya punca kematian Teoh.

Penubuhan suruhanjaya diraja itu, katanya, tidak akan dapat membendungkan penghakisan keyakinan rakyat terhadap pihak penguatkuasa dan institusi keadilan atau persoalan yang menyelubungi kematian Teoh.

Anwar berkata, beliau berpandangan bahawa bidang tugas suruhanjaya diraja itu seharusnya menumpukan kepada punca kematian Teoh.

Pada umumnya, kata beliau, rakyat, termasuk Majlis Peguam, telah mempersoalkan prosedur siasatan SPRM kerana gariaspanduan itu nampaknya tidak diperdulikan.

-malaysiakini.com-

Tiada ulasan: