"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Londeh Seluak Tunjuk Pungkok. Budaya Indonesia?



CATATAN SANTAI
KUALA LUMPUR : Ahad Julai 19, 2009...

"Budaya tunjuk punggung adalah budaya Indonesia? Itu budaya biadap. Budaya biadap bukan budaya Indonesia. Di Indonesia ramai ulama, ramai pemimpin-pemimpin bermaruah, mengapa perbuatan seburuk itu dikaitkan mewakili rakyat Indonesia yang kira-kira 90% Islam itu?" Kata An Har seorang tetamu dari Indonesia yang saya temui pagi tadi di Jalan Chow Kit. Dia berkata dengan rasa marah yang ditahan-tahan.

Kata-kata ini tercetus, bila mengetahui kenyataan Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd., Amin Hussen, selaku pihak penganjur Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 yang semalam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria Malaysia dari Pusat Konvensyen Jakarta (JCC). Iaitu aksi londeh seluar dan menunjukkan punggung yang sungguh jijik dan memalukan rakyat Indonesia.

"Dia londeh seluar, tunjuk seluar dalam yang bontotnya bertulis ‘Bombers kiss my...’ perkataan penjajah di hadapan khalayak ramai! Menghina ustaz dan tok guru yang menonton tv, terutamanya kepada ulama-ulama dan pemimpin yang dihormati oleh umat Islam," katanya lagi.

Aksi ini dilakukan oleh salah seorang anggota kumpulan Slank dari Indonesia, bernama Kaka sambil memakai jaket terbuka dedah dada yang sengaja dilakukan telah mengejutkan kira-kira 5,000 penonton termasuk pihak penganjur, Media Corp. Radio - Ria 89.7FM dan Warna 94.2FM serta Beyond Events Sdn. Bhd, seperti yang difahamkan dan ditunjukkan di tv tersebut.

Yang tak sedapnya lagi, kata Pengarah Urusan Beyond Events Sdn. Bhd. itu ialah, 'Saya rasa budaya antara Indonesia, Singapura dan Malaysia agak berlainan, jadi mungkin mereka (orang Indonesia) dah biasa sangat dengan perkara seperti ini tetapi ia tidak disenangi oleh orang Malaysia dan Singapura.'

"Perbuatan kurang ajar seperti inilah yang membuatkan rakyat Indonesia dihina di luar negara contohnya seperti di kalangan rakyat negara ini.. walaupun kononnya perbuatan itu adalah untuk melepaskan geram kepada pengebom yang meletupkan Hotel JW Marriot dan Ritz-Carlton, Jakarta, pada Jumaat lalu." Jelasw An Har lagi.

Kawan saya sorang lagi yang ada sama di situ menjawab, "Sebenarnya hal ini berlaku adalah kerana otak penganjur itu sudah diseluti najis yang jijik.. tak kira dari Malaysia, Indonesia atau mana negeripun. Islam mereka hanya nama saja, tapi tidak berfikir secara Islam.. Itu budaya orang tak bertamaddun. Aku ingat orang bukan Islam pun tak suka orang tunjuk pungkok kat dia!!"

Oleh itu kerajaan dan Menteri Penerangan Malaysia kena ambil perhatian, jangan sampai rakyat tunjuk pungkok kepada menterinya. Orang Indo atau M'sia yang bertamadun sila buat bantahan sekadar yang mampu walaupun dalam weblog. Itu komen saya.

http://www.ibnuhasyim.com/

Tiada ulasan: