Oleh Ismail Hashim
SHAH ALAM, 15 Ogos: Walaupun sudah dipertikaikan kewajaran cadangannya agar PAS keluar dari kerajaan Pulau Pinang kerana tidak mendapat apa-apa jawatan dalam kerajaan negeri, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin terus menekannya cadangannya itu dalam majlis ceramahnya dekat sini malam tadi.
Khairy seakan tidak serik dengan mengulangi kenyataannya agar PAS menarik diri dari Kerajaan Pulau Pinang kerana meskipun terdapat kerusi yang PAS menangi di Permatang Pasir tetapi tidak diberikan jawatan exco kerajaan negeri di bawah DAP.
Hujjah ini telah dijawab oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi, bahawa jika itu hujjah Khairy, dia yang perlu meletakkan jawatan atau keluar dari Umno kerana walaupun menang sebagai ketua pemuda tetapi dia tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet.
Bahkan, orang yang dikalahkannya iaitu Datuk Mukhris Mahathir mendapat jawatan timbalan menteri bahkan timbalannya, Razali Ibrahim juga mendapat jawatan timbalan menteri.
Oleh itu, Khairy dianggap tidak mempunyai isu baharu yang boleh diketengahkan di dalam majlis Pidato Pemuda Umno tentang Pakatan Rakyat; Retak Menanti Belah meskipun beliau menjadi penceramah utama.
Khairy didapati hanya mengulangi apa yang selalu diucapkan beliau seperti membidas sikap PAS yang disifatkan lebih memihak kepada DAP dan mengakui Umno masih mendapat kepercayaan kaum Melayu.
Majlis ceramah itu diadakan di Seksyen 6 dekat sini dengan kehadiran sekitar 500 tetapi dipasang pembesar suara dengan kuat untuk menarik minat penduduk-penduduk di dumah flat berhampiran.
Ketika sampai giliran Khairy, hujan mula rintik sehingga memaksa pengerusi majlis mengingatkan hadirin orang agar jangan bergerak kerana ada sesuatu yang akan disampaikan oleh Khairy namun seawal lima minit Khairy berucap, kelihatan lebih 10 orang mula bergerak.
Sebelum beliau, bekas pemimpin Pemuda Keadilan yang menang Exco Pemuda Umno dalam pemilihan lalu, Lokman Nor Adam meramalkan jika Pakatan terus memerintah Selangor yang kini terus menjual arak, berkemungkinan akan membenarkan daging babi di jual di tepi-tepi jalan pula selepas ini.
Dengan suara tinggi, beliau dengan lantang menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dihinggapi penyakit bahaya yang sedang merebak sekarang ini.
Ketika memulakan ucapan, beliau tersasul menyebutkan kepimpinan pemuda yang hadir sebagai Pemuda Keadilan, bila diketawakan hadirin, dengan selamba, beliau berkata, teringat kawan-kawan lama.
Sebelum majlis sebenar dimulakan, majlis memberikan peluang kepada anggota pemidato Pemuda Umno untuk berucap, namun apa yang diucapkannya menampakkan mereka tidak membuat kajian yang secukupnya.
Salah seorang darinya mempertikaikan wang program Usia Emas sebanyak RM2,500 masih tidak diberikan oleh kerajaan Pakatan sehinggakan orang itu mati, duit masih belum dapat lagi.Sedangkan, program itu adalah memberikan wang itu kepada keluarga simati selepas peserta itu meninggal dunia. Rm1,000 diberikan sebaik sahaja kematian manakala RM1,500 lagi selepas itu. Ia sedang berjalan lancar di Selangor sekarang.

Begitu juga dengan pemberian percuma 20 meter pertama air kepada rakyat Selangor dikatakannya masih belum berjalan, padahal ia sudah lama dinikmati oleh rakyat negeri Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan