"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jaga-jaga Permainan 'Politik' Dr Asri

Anak_Pejuang
Assalamu'alaikum,

Saya tertarik dengan petikan berita Harakahdaily yang ditampal dalam muka hadapan TKO ini iaitu Dr Asri menyatakan seorang pegawai JAIS 'kutuk' Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi Awang

Jangan lupa Dr Asri menghukum kafir kepada Tok Guru Nik Aziz kerana membaca selawat syifa' baginya adalah BERCANGGAH DENGAN AQIDAH :

http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8 [www.youtube.com]

Tok Guru Nik Aziz pun amalkan selawat syifa' dan juga bertawassul kepada Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam selepas baginda wafat.

http://www.youtube.com/watch?v=BeWR1L5HRNk [www.youtube.com]

Tok Guru Nik 'Abdul `Aziz bin Nik Mat hafizahUllah, dalam karya beliau"Rasulullah Muhammad S.A.W. insan teladan sepanjang zaman", turut mengisahkan perlakuan tabarruk mereka dalam satu bab khusus dengan tajuk "Tabarruk Digalakkan dan Disyariatkan oleh Islam". Tok Guru juga turut memperkatakan berhubung persoalan tawassul dengan Junjungan Nabi SAW setelah baginda wafat.Pada halaman 175 - 176, Tok Guru menulis, antara lain:-

Oleh yang demikian, apabila telah mengetahui bahawa mengambil berkat dengan sesuatu itu bererti mencari kebaikan melaluinya. Maka fahamlah bahawa bertawassul ataupun bertabarruk dengan kesan-kesan baginda itu adalah suatu perkara yang digalak dan disyariatkan oleh Islam. Lebih-lebih lagi mengambil berkat daripada zat Nabi yang mulia.

Mengambil berkat daripada kesan Nabi itu tiada beza antara semasa hidup ataupun selepas baginda wafat. Kerana para sahabat di zaman hidup Rasulullah SAW mengambil berkat dengan air basuhan wuduk baginda, ataupun air peluh dan juga air ludah serta rambut baginda. Kesan-kesan itu sama sahaja selepas wafatnya, semuanya bukanlah suatu yang hidup dan keadaannya sama semasa hayat baginda.

Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam Sahih Bukhari.
Ramai orang menjadi sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW, kerana dalam hati mereka tiada kasih kepada baginda. Mereka telah menidakkan tawassul terhadap zat baginda selepas wafatnya. Mereka menganggap bahawa kesan keberkatan Rasulullah SAW itu telah habis apabila baginda wafat. Jika bertawassul selepas baginda wafat bererti bertawassul kepada suatu yang tidak berkesan.

Hujah seperti itu menunjukkan bahawa mereka sebenarnya jahil mengenai Rasulullah SAW.
Persoalannya, adakah semasa hayat baginda ia memberi kesan? Sedangkan kesan hanya datang daripada Allah SWT sebagai Khaliq, tiada makhluk yang memberi kesan. Tiada siapa pun boleh mendakwa bahawa Rasulullah SAW boleh memberi kesan secara peribadi semasa hayatnya. Kerana dakwaan itu telah disepakati boleh membawa kerosakan akidah.

Para sahabat mengambil berkat daripada kesan-kesan baginda, bukan kerana baginda boleh memberi kesan. Tetapi baginda adalah seafdal-afdal manusia di muka bumi ini. Seluruh makhluk di langit atau di bumi, hanya Rasulullah SAW sahaja orang yang menjadi kesayangan Allah SWT. Baginda juga menjadi rahmat Allah kepada seluruh alam. Ia adalah tawassul disebabkan Rasulullah SAW sangat akrab dengan Allah SWT, melalui bagindalah seluruh makhluk mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Jaga-jaga permainan 'politik' Dr Asri. Jangan sampai terbelit.

Tiada ulasan: