"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa Kena Dengan Umno Ni?

Zolkharnain Abidin

Memang tanggapan umum kepada SPR adalah negatif apabila badan itu menolak pengisytiharan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh oleh Speaker DUN Kedah. SPR terus dilabelkan sebagai kuda tunggangan Umno.

Namun begitu, saya berbaik sangka dengan SPR dan dapat menerima dengan lapang dada apabila Timbalan Pengerusi SPR menjelaskan bahawa kes ini akan dijadikan sebagai ‘duluan’ untuk rujukan pada masa akan datang.

Apa yang saya faham, pada masa akan datang, apabila ada mana-mana Speaker DUN mengisytiharkan sesebuah kerusi DUN kosong, maka SPR tidak ada pilihan kecuali mengadakan pilihanraya. Pengisytiharan Speaker itu dikira sah kerana SPR tidak wajar menolak pengisytiharan Speaker dan tiada kuasa untuk mengatasi kuasa Speaker.

Saya fikir tindakan SPR itu dalam konteks ini dikira wajar untuk menyelesaikan pertikaian ini kerana mahkamah adalah pentafsir kepada undang-undang. (Baca sini)

Tapi saya hairan dengan Umno dan Ketua Penerangan Umno. Benar, kerusi yang diisytiharkan kosong adalah kerusi Umno. Kekosongan itu diisytiharkan oleh mahkamah. Tiba-tiba Umno tetap beria-ia untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya kerusi berkenaan dikekalkan juga untuk Umno.

Kalau SPR bertindak menolak keputusan Speaker dan mendorong Speaker membawa kes ini ke mahkamah untuk memperolehi ‘duluan’ sebagai panduan kepada SPR pada masa akan datang, apa pula alasan Umno untuk merayu keputusan ini di mahkamah rayuan? (Baca sini)

Merayu supaya Abu Hasan yang ‘sakit tengkok’ itu terus kekal sebagai ADUN Umno, merayu supaya ADUN Umno itu terus makan gaji buta atau merayu supaya jangan pilihanraya dibuat kerana Umno takut?

Betullah, kalau SPR yang merayu, itu dikira menasabah sebab pertikaiannya adalah antara Speaker DUN Kedah dengan SPR. Tapi kalau Umno yang merayu, apa hal?

Ahmad Maslan kata, BN telah bersedia untuk PRK di situ. Kalau sudah bersedia mengapa pula takut? Bersedia untuk kalah atau apa?

Menang atau kalah dalam pertandingan, itu adalah perkara biasa. Sama macam PAS, Umno juga pernah kalah. Tapi kalau takut untuk bertanding, itu memang agak luar biasa apatah lagi untuk sebuah parti ‘besar lagi gagah’ macam Umno.

Lagi pun kerusi itu milik Umno, apa yang Umno takutkan? DUN Kota Siputeh pula dalam kawasan parlimen yang diwakili anak Dr M, takkan Umno boleh takut?

Tak apa, kalau rasa takut, pekena pasembor Kodiang tentu jadi berani!

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: