"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS Perak hulur bantuan ringankan beban mangsa banjir

Harakahdaily
BAGAN SERAI, 22 Nov:
Bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir di Bagan Serai, PAS Perak menghulurkan sumbangan kepada mereka dalam bentuk kewangan dan juga barang makanan.
Sumbangan berkenaan diserahkan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu lawatan mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bagan Serai baru-baru ini.

Turut bersama dalam ziarah itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mustapa Shaari, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Ustaz Misbahul Munir Masduki, Pengarah Jabatan Amal Perak, Zamarul Aini Abd Malek serta beberapa anggota Jabatan Amal yang lain.

Kehadiran mereka disambut oleh ADUN Semanggol, Ramli Tusin, ADUN Selingsing, Husin Din serta Penghulu Bagan Serai,Nawawi Mohd Noor.

Mangsa banjir juga kelihatan gembira menerima rombongan PAS negeri bersama wakil rakyat mereka.

Dalam pertemuan tersebut, Abu Bakar menggesa agar penduduk yang menimpa musibah ini sentiasa bermohon kepada Allah SWT agar dimudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian dari Allah SWT ini.

Minggu lalu, pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Bagan Serai menempatkan 77 keluarga, seramai 320 mangsa dari Kampung Che Lah dan Sungai Semambu.

Tiada ulasan: