"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gani Patail perlu dihadapkan ke tribunal khas

setisab
PETALING JAYA, Nov 22:
Dewan Pemuda PAS mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dihadapkan ke tribunal ekoran dua keputusan mahkamah minggu lalu yang didakwa telah gagal menjalankan tugas dengan baik, sekali gus menjejaskan imej kerajaan.

Malah sayap itu juga meminta Peguam Negara meletakkan jawatan dengan memikul tanggungjawab secara moral ekoran dua keputusan signifikan itu.

Jika enggan meletakkan jawatan secara sukarela, Gani perlu dihadapkan ke tribunal khas bagi menyiasat keputusannya memberikan nasihat perundangan kepada SPR dan SPRM, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Jika enggan meletakkan jawatan secara sukarela, Gani perlu dihadapkan ke tribunal khas bagi menyiasat keputusannya memberikan nasihat perundangan kepada SPR dan SPRM, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan Tantawi.

Kata beliau, Dewan Pemuda PAS pusta memandang serius implikasi dari dua keputusan Mahkamah Tinggi yang terbaru iaitu yang berkaitan dengan langkah
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes dicabar oleh ahliMajlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah.

"Keputusan dari kedua-dua kes tersebut, yang berakhir dengan ketewasan di pihak SPR dan SPRM yang diwakili oleh Jabatan Peguam Negara, jelas menunjukkan bagaimana Peguam Negara selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan telah gagal menjalankan tugas dengan baik dalam memberikan nasihat perundangan yang tepat dan selaras dengan kehendak undang-undang yang sebenar hingga memalukan dan menjejaskan imej kerajaan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Nasrudin menambah, timbul persoalan sama ada nasihat undang-undang oleh Peguam Negara diberikan secara profesional ataupun didasari oleh sentimen politik semata-mata.

"Lihat sahajalah bagaimana nasihat yang diberikan oleh kepada SPR berkaitan dengan pentafsiran Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah sedangkan peruntukan tersebut sudah sebegitu jelas dan terang di mana seseorang ADUN Kedah yang gagal menghadiri mesyuarat DUN dua kali berturut-turut tanpa mendapat kebenaran dari Speaker, secara automatik hilang kerusinya," katanya lagi.

Justeru kata Nasrudin, maka dalam keadaan ini di mana Peguam Negara gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga mendatangkan kerugian kepada kerajaan yang kosnya turut ditanggung oleh rakyat.

"Maka Dewan Pemuda PAS pusat merasakan adalah wajar secara moralnya untuk Peguam Negara meletakkan jawatan serta merta," ujar beliau.

"Dalam amalan biasa, mana-mana peguam yang memberikan nasihat perundangan yang salah dan silap kepada anak guamnya, maka ia dianggap sebagai satu kecuaian profesional yang membolehkan anak guam tersebut mengambil tindakan undang-undang terhadap peguam yang terbabit.

"Namun, dalam situasi yang membabitkan Peguam Negara ini, sekiranya Peguam Negara enggan melepaskan jawatannya, maka Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Peguam Negara dihadapkan segera ke tribunal yang dibentuk berdasarkan peruntukan yang sama sebagaimana proses pemecatan hakim Mahkamah Persekutuan," katanya lagi.

Pada Isnin lalu Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh memang kosong, sekali gus mengarahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Rayuan SPR, yang mempertahankan keputusannya tidak mengadakan pilihan raya kecil, akan diketahui esok.

Khamis lalu, mahkamah dalam kes saman dibawa Tan, memutuskan SPRM tidak boleh menyoal siasat mana-mana saksi
selepas waktu pejabat.

Kerajaan Rakyat

Tiada ulasan: