"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SKT Tahun 2009 Kickdefella 50% Saja

professor

Melihat dan membaca tulisan blogger Kickdefella, secara bersiri semenjak sekian lama, dapat dibayangkan satu tugasan besar cuba disiapkan olehnya menjelang akhir tahun 2009.

Untuk kakitangan kerajaan, di penghujung tahun merupakan detik yang paling mencemaskan, khususnya bagi yang betul–betul dedikasi dan komited dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan.

Pada masa inilah, penilaian prestasi kerja sepanjang tahun akan dinilai. Pengukuran tahap pencapaian akan diterjemahkan dalam bentuk presentasi SKT – SASARAN KERJA TAHUNAN.

Untuk tahun 2009 ini, dikira pencapaiannya sebelum akhir tahun, iaitu disember 2009. Dengan baki 1 bulan lagi kebiasaannya ini lah masa yang terbaik untuk memberikan yang terbaik kepada Ketua Jabatan dan Ketua Unit.

Bagi, blogger Kickdefella, nampaknya dengan berbaki 1 bulan sahaja lagi, tugasan yang diberikan oleh UMNO [ada yang berpendapat beliau adalah SB yang ditugaskan oelh UMNO], dikira gagal.

Jadi SKT nya hanya setakat 50% sahaja. Ini kerana TGNA hanya menasihati menantunya sahaja yang meletakkan jawatan di PMBK. Ini adalah transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Sementara itu YB Husam Musa masih dipertahankan oleh TGNA , sepertimana tajuk berita ini "Nik Aziz nafi Husam mahu letak jawatan"

Ada benarnya kata husam, ini adalah provokasi untuk"mematikan" karier politiknya, dan lebih dari itu untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan, dimana akhirnya itulah motif utama semua gerak kerja blogger ini.

Kesimpulan

Sekiranya blogger Kickdefella ini adalah seorang kakitangan kerajaan, dan UMNO adalah Ketua Jabatannya, beliau hanya layak mendapat markah SKT sebanyak 50% sahaja.

Cuma Ariffahmi sahaja yang dinasihati meletakkan jawatan, sedangkan YB Husam Musa masih di situ dan makin kukuh dengan kenyataan terbaru TGNA. Walhal sasaran utama UMNO ialah Kerajaan Kelantan.

Fakta 1: Kejayaan kumpulan Profesional dalam PR, khususnya PAS seperti YB Husam telah banyak membantu meletakkan parti ini dalam kedudukan terbaik semenjak merdeka.

Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya UMNO membiarkan golongan Profesional ini terus membantu mengukuhkan PAS, khususnya menjelang PRU 13 ini dan seterusnya.

Fakta 2: Pakatan Rakyat, sangat tidak berhati-hati, khususnya PAS membiarkan UMNO begitu mudah memasukkan 'pekerja-pekerja' nya seperti blogger Kickdefella, begitu juga dengan PKR seperti Sdr Saiful, tukang bancuh kopi Ketua Umum nya. Macam mana ni????

Catatan

Macam mana ni Sdr Kickdefella? Anda sudah gagal dalam tugasan ini!!!!

Adakah Kickdefella akan menyerah kalah dalam pertarungan ini?

Tiada ulasan: