"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kesal elaun guru takmir Melaka tinggal RM10

Wah Saufi
BUKIT KATIL:
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek kesal dengan sikap kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka yang memotong elaun guru takmir dari RM50 kepada RM10 sahaja bermula minggu ini.

Katanya, jelas sekali kerajaan negeri tidak mengiktiraf peranan guru takmir yang berusaha mendidik masyarakat ke arah kebaikan.

"Tindakan ini merupakan pengkhianatan kepada Islam di negeri ini dan ini merupakan suatu penghinaan kepada guru-guru tahmir tersebut, apa yang boleh mereka beli dengan RM10, minyak kereta pun tak lepas" katanya.

“Jika kerajaan negeri sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit hanya untuk program 'Gegau 1Melaka' baru-baru ini, tak kanlah kerajaan Melaka tak mampu nak bayar elaun guru tahmir?" soal beliau pada ceramah Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Pejabat PAS kawasan, di sini malam tadi.

Isu pemotongan elaun itu dinyatakan oleh Majlis Agama Islam Melaka melalui surat yang diedarkan kepada semua guru takmir yang terlibat mengajar di surau dan masjid di seluruh negeri.
Langkah itu sebagai langkah penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam menangani krisis kegawatan ekonomi.

Sehubungan itu, Kamaruddin mendesak kerajaan negeri membatalkan surat tersebut dan menaikkan elaun guru-guru takmir bagi memberikan galakan kepada mereka untuk lebih berdedikasi mendidik umat Islam khususnya anak-anak muda yang semakin melupai agama.

Beliau berkata, di saat maksiat dan gejala sosial yang semakin membarah, kerajaan negeri sanggup memotong elaun guru-guru takmir yang seolah-olah peranan mereka diabaikan dan tidak memberikan keuntungan kepada masyarakat.

Tiada ulasan: