"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM bebaskan SU menteri

Seorang setiausaha politik kepada seorang menteri kabinet dibebaskan Ahad lalu selepas ditahan reman selama lima hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan akhbar ringkas berkata individu berkenaan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin setelah percakapan beliau dicatatkan.

SPRM turut menyita sebuah kenderaan dan sejumlah wang bagi membantu siasatan mereka.
Menurut SPRM, individu berkenaan ditahan pada Khamis lalu di Pulau Pinang kerana disyaki melakukan kesalahan menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Isnin lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun sebab peletakan jawatan itu tidak dinyatakan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: