"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inkues Teoh Beng Hock Hari Ini

Pendengaran Inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum tertangguh Januari lalu, kembali hari ini.

Inkues itu ditubuh berikutan desakan pimpinan Pakatan Rakyat selepas kematian mencurigakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah itu, apatah lagi pihak berkepentingan mendakwa Beng Hock membunuh diri sehari sebelum pertunangannya.

Prosiding inkues itu bertambah hangat apabila pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand secara 80 peratus percaya kematian Beng Hock akibat dibunuh.

Berikutan itu, bedah siasat kedua dijalankan tapi laporannya belum diumum tetapi artikel akhbarSuara Keadilan dengan memetik sumber, mendedahkan Beng Hock memang dibunuh.

Dua pegawai SPRM kemudian membuat laporan polis, sebaliknya tindakan itu memerangkap diri apabila seorang daripadanya, Raub Ghani nyaris dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Pendengaran itu bertambah hangat apabila peguam SPRM, Abdul Razak Musa menghina Karpal Singh dengan merujuk peguam berkerusi rosa itu sebagai 'tidak boleh berdiri' hingga memaksa SPRM memohon maaf.

Beng Hock berusia 30 tahun ditemui mati di Plaza Massalam yang menempat pejabat SPRM di Shah Alam, 16 Julai tahun lalu, menjadikan tragedi itu sebagai kontroversi politik paling menggemparkan tahun lalu.
-tvselangor-

Tiada ulasan: