"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Memalukan! Internet di Malaysia antara yang terlembab

Reformis Jalanan
Tak tahulah nak kata apa. Kalau boleh rasa macam nak jadi burung unta saja. Nak sorokkan kepala dalam tanah. Sebab apa?

Malu! Malu sebab duduk dalam negara yang boleh dikatakan mempunyai pembangunan yang pesat, "ekonomi yang kukuh", kaya dengan hasil mahsul, tapi mempunyai sambungan internet yang lembab! Haduhai Malaysia oh Malaysia.

Ramai orang merungut internet di Malaysia memang lembab. Nurul Izzah Anwar anak Ketua Pembangkang pun pernah kata "Streamyx Sucks!". Apatah lagi blogger yang mahir dalam bab IT seperti Hanief. Data saya perolehi di Speedtest.net

Di Asia, antara negara yang mempunyai sambungan internet yang laju ialah Singapura, Taiwan, dan Korea Selatan. Kenapa saya hanya sebut 3 negara ini saja? Kerana negara-negara tersebut pernah di tahap yang sama dengan Malaysia suatu ketika dulu.

Sekarang Malaysia jauh ketinggalan berbanding negara tersebut dari segi ekonomi, pendapatan per kapita penduduk, dan sekarang dari segi kelajuan internet pula!

Bahkan salah satu negara jiran Malaysia, iaitu Thailand, pun mendahului Malaysia. Apa cerita ni? Serba serbi mundur. Negara ada banyak pembangunan, tapi apa ertinya? Langsung tak ada daya saing.

Malaysia di tempat yang ke-85. Boleh dikatakan kebanyakan negara yang mendahului Malaysia ialah negara yang pernah setahap dengan Malaysia dahulu dan agak mundur sedikit dari Malaysia.

Usah dikiralah dengan negara seperti Zimbabwe, Bangladesh, India, Pakistan, negara-negara Afrika dll. Malaysia bukanlah dalam kategori negara dunia ketiga. Jangan nak membodohkan rakyat.

p/s : Nanti ada Melayu bodoh yang kata saya ini manusia tak reti nak bersyukur. Ini bukan soal bersyukur atau tak, bodoh. Saya ingin menekankan yang rakyat Malaysia berhak mendapat lebih dari apa yang ada sekarang memandangkan Malaysia bukanlah negara yang mundur. Malaysia kaya dengan hasil galian, ekonomi yang kukuh, negara yang sedang pesat membangun. Tapi kenapa jauh ketinggalan dengan negara-negara yang langsung tidak mempunyai hasil yang banyak, dan pernah jadi setaraf dengan Malaysia dahulu?

Tiada ulasan: