"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Malaysia membelakangkan Mufti

Nasrudin Hassan at Tantawi

Seketika negara kita dihebohkan oleh satu keputusan kabinet untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Antara Agama dimana ianya dipengerusikan bersama oleh Dr Koh Tsu Koon dan Hajjah Illani Ishaq.

Objektif yang diberikan sebagai alasan penubuhan Jawatankuasa ini ialah untuk menjadikannya ia sebagai satu wadah yang boleh menyelesaikan apa jua permasaalah dan kekeliruan yang timbul antara agama dalam negara ini.

3.Turut dijelaskan bahawa Jawatankuasa ini tiada komitmen peraturan atau undang-undang yang mengikat melainkan ia hanya satu jawatankuasa yang berupa forum atau dialog untuk mencari titik penyelesaian antara agama.

4.Baru-baru ini pula kita saksikan bagaimana mufti-mufti membantah tindakan kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa tersebut. Akhirnya kerajaan bercadang untuk memberi penjelasan kepada mufti-mufti kenapa jawatankuasa ini perlu ditubuhkan. Apa yang menarik, jelas kita lihat sikap UMNO yang seringkali membelakangkan mufti dalam mengambil keputusan terutama dalam perkara yang melibatkan kepentingan agama Islam dan ummatnya.

5.Pihak mufti telah mencadangkan agar nama Jawatankuasa ini ditukar kepada suatu nama yang lain agar ia tidak memberi maksud yang mengelirukan ekoran sebelum ini telah wujud satu pertubuhan yang hampir sama dengan jawatankuasa antara agama sekalipun mempunyai matlamat yang berbeza iaitu IFC.

6.IFC sebelum ini dengan segala tindakan dan tuntutan mereka telah menimbulkan rasa tidak selesa dari kalangan ummat Islam terutama berkait dengan isu murtad dan menyamaratakan agama. Kini Jawatankuasa antara agama ditubuhkan oleh pihak kabinet dan sedikit sebanyak ia menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam.

7.Asasnya saya bersetuju dengan cadangan pihak mufti agar nama jawatankuasa tersebut ditukar kepada satu nama lain yang lebih jelas membawa matlamat dan objektif yang mahu dicapai sebalik penubuhan jawatankuasa tersebut. Mungkin Majlis Dialog Antara Agama atau Majlis Dialog Peradaban dan sebagainya lebih mengelak kekeliruan yang timbul.

8.Saya dan rakan-rakan pemuda PAS yang lain tidak bermasaalah dengan sebarang dialog dan perbincangan silang budaya, silang agama dan peradaban dalam usaha mengatasi segala salah faham dan kekeliruan timbul serta menamatkan segala prasangka yang hanya meletakkan kedudukan penganut pelbagai agama dalam negara ini dalam keadaan tegang dan bermusuh.

9.Malah agama Islam sendiri menggalakkan penganutnya berbincang, berdialog dan elakkan permusuhan bahkan apa yang diajar ialah membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian khasnya dalam masyarakat majmuk disamping kesucian agama Islam terus diperlihara dan tidak dipersenda.

10.Segala kekeliruan dan rasa sengketa antara satu sama lain hanya dapat diatasi apabila semua pihak mengambil langkah penyelesaian dengan:

  • tenang tanpa gopoh dalam tindakan,
  • tindakan berasaskan kebenaran hujjah,
  • saling hormat menghormati,
  • jauhkan diri dari sebarang provokasi,
  • berbincang dalam menyingkap kekeliruan.

Tiada ulasan: