"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hulu S'gor: Perang 'botol arak' di dunia siber

Beberapa pemimpin utama Umno kini turut terkena tempias kepanasan kempen serangan peribadi terhadap calon PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dikaitkan dengan tabiat minum arak.

Ia ekoran tindak balas penulis blog pro-Pakatan yang menyiarkan foto yang dikatakan menunjukkan pemimpin Umno itu, turut melakukan perkara yang sama.

Dua blog memulakan 'perang' dengan mendakwa mereka akan menyiarkan bukti tabiat minum Zaid tengahari ini. Berita tersebut turut disiarkan di muka depan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Dua blog pro-Umno - Gerakan Anti-PKR dan Pisau.net- masing-masing menyiarkan gambar Zaid meletakkan tangannya atas meja dengan memegang sebotol wiski yang belum dibuka.

Selepas beberapa jam berlaku, posisi ganjil tangan dan botol tersebut, membuat warga internet membuat kesimpulan bahawa gambar itu telah diubahsuai.

Gambar asalnya disiarkan pada 2008 oleh portal berita
Nut Graph,yang menunjukkan Zaid sedang diwawancara di sebuah restoran, tanpa botol wiski tersebut.

'Gambar menteri dan isteri'

Menurut artikel Gerakan Anti-PKR, gambar tersebut diberikan oleh 'orang dalam PKR' dan penulisnya berjanji banyak lagi pendedahan akan menyusul.

Penulisnya mendakwa dia memiliki lapan lagi gambar dan video selama lapan minit mengenai tiga pemimpin PKR dalam "situasi yang memalukan".

Dalam reaksi tindakan balas, blog bernama
Salt, Pepper and a little kicap menyiarkan satu siri foto yang dikatakan menunjukan seorang pemimpin kanan Umno yang juga menteri kabinet, sedang memegang satu tin bir. Foto itu juga menunjukkan isteri pemimpin Umno tersebut, juga melakukan perkara yang sama.

Artile tersebut kemudiannya dipetik oleh peguam terkemuka Haris Ibrahim dalam
blognya, di mana beliau mengecam menteri berkenaan kerana mendakwa Umno tidak terbabit dalam serangan peribadi terhadap Zaid.

Ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas setiausaha Pemuda Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan terus menjawab melaluitwitternya,mendakwa gambar tersebut telah diubahsuai.

Kemudiannya, satu lagi gambar muncul di internet di mana seorang individu yang kelihatan seperti ahli parlimen Rembau yang juga ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan dua orang wanita.

Suasananya kelihatan seperti di kelab malm dan mereka duduk di depan meja yang penuh dengan botol minuman keras.

Perkara itu sampai ke perhatian Khairy yang menjawabnya melalui Twitter.

"Apa yang betul? Adakah saya minum apa2 dalam gambar tersebut?" soalnya.

Ketika dihubungi, ketua penerangan PKR, Latheefa Koya berkata pengedaran gambar Zaid yang diubahsuai itu dan paparan besar mengenainya oleh Utusan Malaysia, menunjukkan bahawa BN sudah ketandusan idea.

Sebaliknya, kata beliau, pihaknya tidak mahu tersimpang daripada isu-isu sebenar di Hulu Selangor dan para penulis blog berkenaan "boleh buat apa sahaja yang mereka mahu".

Usaha untuk menghubungi Khairy untuk mendapatkan komennya tidak berhasil.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: