"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mereka bohong Tok Batin

Dzulfikar Mashoor
HULU SELANGOR, 20 April:
"Mereka bohong Tok Batin, kata SPR dan JHEOA mahu siasat Tok Batin kami," demikian maklum balas yang diterima oleh Yusri Ahon, seorang pemimpin Orang Asal Orang Asli Pahang yang ditemui di sini.

Yusri yang juga sukarelawan Orang Asli di Kampung Hulu Tamu, Batang Kali berkata, Alam Supah, Tok Batin Kampung Tamu turut diugut oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) supaya menghalang sukarelawan yang diketuainya.

"Mereka bohong Tok Batin, kata JHEOA, SPR akan siasat Tok Batin konon-konon balak haram di kampung ini, (pada hal) Tok Batin tak buat," jelas beliau.

"Tapi, YB Elizabeth (Wong) cakap SPR tidak dibenarkan menyiasat Tok Batin (kerana) Tok Batin tidak bersalah, yang bersubahat dengan orang jahat adalah pembalak haram dan JHEOA."

Ekoran itu, beliau mendakwa JHEOA cuba memperalat pengaruh Tok Batin untuk menghalang pasukan sukarelawa yang diketuai beliau untuk masuk ke kampung-kampung Orang Asli lalu menjelaskan tentang isu tanah adat serta peminggiran Orang Asli oleh kerajaan Pusat, JHEOA dan Kerajaan Negeri Pahang-Perak.

Tidak cukup dengan itu, beliau mendakwa bahawa jentera Pakatan Rakyat turut dihalang mengakses Orang Asli Kampung Hulu Tamu dan beberapa kampung adat yang lain sejak Sabtu lalu.

Pun begitu, beliau berkata, jentera Umno/BN dibenarkan mengakses kampung-kampung adat Orang Asli tersebut menggunakan JHEOA sendiri.

Ditanya tentang dalang di sebalik penyalahgunaan kuasa serta jentera kerajaan itu, beliau mendakwa Pengarah JHEOA Pahang terbabit dalam menjayakan aktiviti kempen oleh Umno/BN tersebut.

"Pihak SPR, saya tak kenal, tak nampak, tetapi pihak JHEOA memang adalah, mereka menekan kita supaya kita tak boleh masuk ke kawasan Orang Asli menjelaskan banyak isu, isu tanah," beliau menambah.

Tinjauan Harakahdaily di Pusat Operasi PKR Khusus Orang Asli, Elizabeth Wong (Koordinator) bersama sukarelawan dari kalangan Orang Asli dilihat sibuk menjelaskan tentang kepentingan mempertahankan tanah adat kepada lebih 50 Orang Asli tempatan.

Manakala tinjauan di lapangan lewat malam semalam pula mendapati sebanyak 16 kampung adat Orang Asli dalam Parlimen Hulu Selangor.

Kampung-kampung terbabit adalah Bukit Manchong, Changkat Bintang, Serigala, Tun Abdul Razak, Gerachi Jaya, Buluh Telor, Gurney (Ulu Yam), Hulu Tamu, Kuala Kerling, Pertak, Serendah Ulu Melaka, Songkok, Bukit Sungai Garing, Sungai Kelubi, Kolam Air dan Sungai Jiang.

Dari kesemua kampung tersebut, wakil Harakahdaily semalam turut dihalang mengakses kampung Changkat Bintang dan Serigala angkara sikap tidak profesional segelintir pegawai kanan JHEOA.

Tiada ulasan: