Dakwaan itu didedahkan melalui blog yang mesra BN, Pisau.net yang berkata Zaid memiliki seekor kuda lumba yang dinamakan 'Kelantan'.
Ditanya wartawan selepas ceramahnya di Ampang Pecah malam semalam, Zaid tidak menafikan beliau adalah tuan punya kuda itu yang dimilikinya ketika bersama Umno.
"Kuda itu sangat berjaya dan saya amat berbangga dengannya...tetapi itu sebelum saya menyertai Pakatan,” jelas Zaid.
Bagaimanapun bekas menteri itu berkata memiliki kuda lumba tidak boleh disamakan dengan berjudi.
"Itulah masalah dengan Umno. Mereka tidak membezakan antara judi dan sukan,” katanya.
Meskipun Zaid tidak bertaruh dalam perlumbaan kuda tetapi nilai kudanya bergantung kepada prestasinya dalam perlumbaan berkenaan dan kepopularannya di kalangan kaki judi.
Justeru, kemungkinan penafian yang dia tidak terbabit dengan judi tidak diterima sepenuhnya.
Zaid, bagaimanapun mengalu-alukan pendedahan itu yang disifatkannya sebagai “perubahaan dalam politik”.
Ditanya mengenai peletakkan jawatan Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat, Zaid berkata beliau tidak gusar.
Menurutnya, Halili, yang berkempen untuk BN di Sungai Buaya malam semalam, memang telah dijangka berpaling tadah atas sebab peribadi dan bukannya prinsip.
Apapun kes dan tohmahan yang dilontarkan, Pakatan Rakyat mempunyai lima hari lagi memberi penjelasan sebelum pengundi Hulu Selangor membuat keputusan mereka pada Ahad ini.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan