"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyerahan Blok Minyak Ubah Sempadan, Proses Perlembagaan Tidak Dipatuhi

SHAH ALAM, 9 MEI: Penyerahan sebarang wilayah termasuk pemberian Blok Minyak L dan M di Sarawak kepada kerajaan Brunei terang-terangan melanggar Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali lantang menegaskan sempadan mana-mana negeri tidak boleh diubah tanpa persetujuan kerajaan negeri dan Majlis Raja-Raja.

"Penyerahan kawasan ini pada Brunei adalah bertentangan dengan Perkara 2, Perlembagaan Malaysia. Dalam apa-apa perubahan sempadan, negeri terlibat perlu persetujuan kerajaan negeri," katanya pada segmen Fokus Berita TV Selangor.

Kerajaan Umno Barisan Nasional sebelum ini dikatakan cuba merahsiakan penyerahan kedua-dua blok sehingga pendedahan sebuah akhbar The Edge pada 23 April lalu hingga menimbulkan kegamatan politik.

Dalam konteks ini, Dr Syed Husin tidak menolak kemungkinan terdapat pihak tertentu yang mengaut keuntungan dari penyerahan ini.

"Dalam Parlimen, saya soal tak dapat jawapan, hanya putar belit sahaja. Ada kedengaran mengatakan pihak tertentu keuntungan besar dari pemindahan ini," katanya.

Penyerahan yang dirancang ketika pemerintahan Tun Abdullah Badawi pula direstui Datuk Seri Najib Razak walaupun kerajaan mengalami kerugian berikutan kedua-dua blok minyak mampu menjana hasil bernilai RM320 bilion.
-tvselangor-

Tiada ulasan: