"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Beri Kenyataan Isu KSSB, TV3 Menyamar TV Selangor

SHAH ALAM, 12 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manivasagam kecewa kerana wartawan penyiaran TV3 tidak mematahui etika kewartawanan apabila menyamar sebagai TV Selangor semata-mata mahu memperoleh kenyataan beliau.

Beliau mulanya enggan melayani panggilan telefon daripada wartawan TV3 beberapa hari lalu kerana bimbang kenyataannya dimanupulasi untuk kepentingan tertentu, sebagaimana amalan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau kemudian menjawab panggilan telefon dan memberi kenyataannya mengenai isu Kumpulan Semesta Sdn Berhad berikutan pemanggil mengaku sebagai 'Nurul' dari TV Selangor.

Manikavasagam hanya menyedari hal itu apabila beliau menerima panggilan telefon bertalu-talu dari rakan-rakannya yang mempertikai tindakannya membuat kenyataan kepada TV3.

"Saya terus bagi kenyataan mengenai isu berkenaan kerana ingatkan panggilan itu dari TV Selangor. Saya tidak akan bagi kenyataan kepada TV3. Jangan harap," katanya kepada TV Selangor.

Bagi pihak TV Selangor, kami kesal dengan sebarang tindakan yang melanggar etika kewartawanan termasuk penyamaran sebegini dan kami ingin menegaskan tiada wartawan di web tv ini yang bernama Nurul.
-tvselangor-

Tiada ulasan: