Ameng, 41, yang berbaju putih, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir.
Dia didakwa memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada 3.45 petang, 2 April lepas.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Bourgenvilla" dan "Sampai Hati" itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli menawarkan jaminan RM3,000 dikenakan terhadap tertuduh.
Namun, peguam Kamarulzaman Abdul Rahman yang mewakili Ameng memohon agar wang jaminan dikurangkan kepada RM2,000 dengan alasan anak guamnya itu perlu membayar nafkah dua anak perempuannya, berumur 9 dan 14 tahun, hasil perkongsian hidup dengan bekas isterinya yang merupakan penerbit dan pelakon drama, A. Aida.

Kamarulzaman berkata tertuduh juga mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun setengah dengan isteri keduanya, Sabariah Zakaria dan disebabkan kes ini, kerjayanya turut terjejas.
"Akibat daripada kes ini, semua persembahan yang telah diaturkan kepada tertuduh telah dibatalkan," katanya.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Mei ini sebagai sebutan kes.
Sabariah, kemudiannya membayar wang jaminan itu.
-Bernama-
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan