"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bersihkan Kumpulan Semesta - PAS Selangor

admin_ann
SHAH ALAM, 13 Mei: PAS Selangor melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjayanya, YB Dato Dr. Hasan Mohamed Ali menggesa supaya Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. yang dikaitkan dengan amalan rasuah perlu dibersihkan sekiranya terdapat saksi dan bukti yang sah.

Mengulas mengenai dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar, YB S.Manikavasagam bahawa terdapat penyelewengan kuasa dan rasuah dalam KKSB, Hasan menegaskan, "Sekiranya beliau mempunyai bukti dan saksi, PAS Selangor tidak teragak-agak untuk meminta kerajaaan negeri mengambil tindakan yang sewajarnya dengan serta merta bagi membersihkan nama Kumpulan Semesta Sendirian Berhad yang kebetulannya merupakan salah satu syarikat di bawah Menteri Besar Incorporated (MBI)."

"YB Manikavasagam hendaklah membuktikan dakwaan beliau tersebut memandangkan dakwaan itu agak berat."

Sikap tegas yang diambil oleh Pas Selangor itu adalah bertujuan untuk menjaga integriti dan ketelusan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Disamping itu, PAS Selangor juga lebih cenderung supaya pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dapat menyuarakan apa jua teguran menerusi saluran dalaman parti masing-masing terlebih dahulu. Kemudiannya, perkara tersebut dapat dibincangkan secara bersama dalam kalangan semua komponen Pakatan Rakyat peringkat negeri bagi menjaga keutuhan dalam keadaan wujudnya pihak-pihak yang sentiasa bersedia mengeksploitasikan apa jua isu yang diutarakan. -ANN

www.ann.com.my

Tiada ulasan: