Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syam Manar, 29, dan mengarahkannya menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap iaitu 29 Jan 2009.
Mohd Syam yang mempunyai rekod atas sabitan dadah pada Jun 2006 didenda RM1,500 selain diperintah menjalani pengawasan dan digantung tugas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Rozina berkata, pendakwaan yang dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan berjaya membuktikan kes itu di luar keraguan munasabah dan keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata-mata serta tidak kukuh.
Katanya, tertuduh juga gagal menunjukkan bahawa dia tidak bersubahat dengan dua lagi yang masih bebas selain tidak mempunyai sebarang penjelasan yang cukup untuk menyangkal keterangan material pihak pendakwaan.
"Selain itu, pengadu yang juga mangsa kejadian berjaya mengecam tertuduh, menjadikan pertuduhan terhadap dirinya bertambah kukuh dan dengan ini mahkamah mendapati kamu bersalah dan menyabitkan dengan kesalahan ini," kata Rozina ketika membaca keputusan terhadap peniaga burger itu.
Mohd Syam yang kelihatan tenang tetapi agak terkejut ketika mendengar keputusan itu, didakwa menyamun motosikal jenis Yamaha Ego milik Nurul Huda Mohd Zakaria, 23.
Dia yang membela dirinya sepanjang bicara itu, didakwa melakukannya di Lebuhraya NPE, berdekatan Wisma Peladang, Petaling Jaya, 11 malam, 3 Dis 2008, mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
-bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan