"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu KSSB Dirujuk Ke Selcat, Selangor Telus Soal Rasuah

SHAH ALAM, 12 MEI: Kerajaan Selangor akan merujuk aduan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam mengenai dakwaan rasuah Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berharap Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor akan mengadakan sesi pendengaran awam berhubung hal itu.

Beliau juga memberi arahan memberi arahan kepada supaya kakitangan jabatan kerajaan dan pegawai KSSB supaya memberi kerjasama penuh kepada pendengaran awam Selcat itu.

Khalid berpendapat Selcat adalah forum terbaik bagi membincangkan dakwaan itu kerana ia dijalankan secara terbuka dan maklumat serta fakta tidak disembunyikan dari pengetahuan umum.

Keputusan hal ini dicapai selepas Exco Selangor meneliti aduan rasmi daripada Manikavasagam dalam satu pertemuan dan turut menasihati Manikavasagam membuat laporan polis.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan ini dan mahu tindakan sewajarnya diambil bagi memlihara imej KSSB yang berperanan penting dalam menjayakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Khalid menegaskan kerajaan Selangor mengamal ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam serta menyokong semua usaha membanteras gejala rasuah.
-tvselangor-

Tiada ulasan: