SharpShooter
Akhirnya khabar angin yang sekian lama bertiup sepoi2 bahasa mencium pipi tembam menjadi kenyataan.Terkini Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Cho Keong hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi ahli katak Bebas.
Siapa lagi selepas ini? Adakah MP balik Pulau Yusmadi akan menyalin menjelma menjadi katak?
Adakah Anwar Ibrahim akan tingggal keseorangan menjadi wakil rakyat PKR tunggal di P.Pinang?
Dalam Islam... katak adalah haram dimakan kerana boleh hidup di dua alam. Wakil Rakyat Bebas tapi mesra UMCO...memang sah dua alam.
UMCO akan terus memburu YB PKR yang bermasalah dengan umpan yang menarik dan lumayan. Musim pilihanraya kecil adalah musim paling sesuai katak baru akan muncul.
Broker-broker bertaburan memburu pemimpin PKR dan pimpinan AMK Pusat mahupun Negeri tidak terkecuali diburu dan dihubungi untuk berbincang dan memberi tawaran serta projek yang agak lumayan.
Sharpshooter baru sahaja bertemu Yusmadi di Pejabat PKR Pusat Tropicana dalam mesyuarat AMK Pusat hari Ahad yang lalu.
Semasa makan selepas mesyuarat bersama Shamsul Iskandar, Yusmadi, Zulfikar dan Rahman, isu lompat ini memang kami sentuh dan bincangkan.
Terdahulu, Yusmadi adalah salah seorang yang tersenarai wakil rakyat yang akan lompat. Beliau dikatakan jarang balik ke Balik Pulau meninjau masalah rakyat. Beliau juga adalah mantan Ketua AMK P.Pinang yang terpaksa melepaskan jawatan setelah tidak mampu menyatukan AMK P.Pinang.
Beliau juga tidak dilantik menjadi ajk Pimpinan PKR P.Pinang di bawah pimpinan DR Mansor Othman. Mengapa? Dr Mansor Othman ada jawapannya.
Namun begitu Yusmadi adalah anak muda yang pintar dan banyak idea semasa dalam mesyuarat. Beliau berkebolehan dan sering diundang dalam Astro Awani. Beliau juga petah berhujah dalam Parlimen.
Cuma apa yang boleh sharpshooter katakan adalah harapan masih boleh terus diberi kepada anak muda termasuk Yusmadi kerana semua yang melompat adalah veteran bukan dari wakil rakyat anak muda.
Namun begitu, mahu tidak mahu, suka tidak suka, imej dan kredebiliti PKR tercalar gara-gara katak najis. Katak najis hidup dalam sumpahan rakyat kerana rakyat mengundi mereka atas dasar Pakatan Rakyat.
Tidak cukup dengan laugan reformasi tetapi PKR perlu lakukan transformasi demi memulihkan imej PKR yang tercalar.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan