Ketua bahagiannya Senator Datuk Kamarudin Ambok berkata penganjuran konsert yang panjang sebegitu masih tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
"Tetapi kalau hendak buat juga, kalau tamat pada jam 2.00 pagi misalnya, boleh dipertimbangkanlah.
"(Tetapi) Kalau tempohnya panjang sangat, akan menghasilkan gejala yang kita tidak hendak (berlaku)," katanya.
Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa sebelum ini dilaporkanmendakwa penganjuran konsert panjang daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi itu "telah melanggar garis panduan durasi persembahan sesebuah konsert".
Sambil mendesak Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) - sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan - memberikan penjelasan, Nasharuddin mendakwa lirik lagu Pitbull berunsur lucah dan menggalakkan pengambilan ganja.
"Saya minta Datuk Seri Rais mainkan peranan (dengan) membatalkan konsert itu," tegasnya.
Ditanya berhubung dakwaan bahawa terdapat lirik Pitbull yang dikatakan berunsur lucah, Kamarudin berkata beliau tidak dapat mengulaskanya kerana tidak tahu.
Usaha Malaysiakini mendapatkan ulasan Puspal setakat ini masih belum berhasil.
-malaysiakini-
1 ulasan:
UMNO-APCO-1MALAYSIA 1ISRAEL...SEMUA BOLEH...
Catat Ulasan