Pimpinan DAP dan PAS, dua parti politik yang sebelum ini dianggap sukar menjalin kerjasama tetapi kini akrab dalam entiti Pakatan Rakyat, yakin mampu berganding bahu dalam mendepani cabaran politik tanah air.
Sekalipun Umno Barisan Nasional (BN) terus cuba memecah belah perpaduan sedia ada tetapi hubungan kedua-dua parti ini semakin lama, semakin akrab.
Penasihat seumur hidup DAP, Dr Chen Man Hin yakin gabungan Pakatan Rakyat mampu bekerjasama seterusnya mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju, bersatu dan adil untuk semua kaum.
Kerjasama memberangsangkan yang ditunjuk ahli akar umbi membuktikan parti yang berbeza ideologi politik mampu bergerak di landasan yang sama.
"Saya ada satu misi untuk Malaysia - Visi Malaysia maju, bersatu adil untuk semua rakyat tidak kira Melayu, Cina, India, Benggali, apa-apa. Ini juga dasar Pakatan Rakyat
"DAP boleh kerja dengan PAS, boleh kerja dengan PKR. Kami boleh bekerja bersama-sama," kata Dr Chen
Beliau berkata demikian ketika membuat ucapan perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, semalam.
Negeri Sembilan adalah negeri ke tiga mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat negeri selepas Perak dan Selangor
Dr Chen ialah antara pengasas DAP dan pernah menjadi ahli Parlimen Seremban pada 1978.
Naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub pula turut menyatakan komitmen sama dan tidak bimbang dengan cubaan Umno yang tidak habis-habis cuba mencari kelemahan dan memburukkan Pakatan Rakyat.
"PAS kini lebih maju dan progresif. Umno kecewa kerana Lim Guan Eng masa angkat sumpah Ketua Menteri mahu ikut Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan