"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Said Zahari: KDN Menangguk Di Air Keruh

Tokoh wartawan, Said Zahari menyelar tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilihat cuba menangguk di air keruh apabila mencampur-aduk isu yang melibatkan masalah Felda dengan isu permit akhbar Suara Keadilan.

"Kenapa KDN campur tangan ini? Soal KDN ialah soal permit. Pada pandangan saya soal permit tidak timbul lagi. Soal sekarang, apakah tulisan dalam Suara Keadilan itu tidak betul atau fitnah yang mungkin merosakkan nama baik Felda.

"Kalau itu yang felda rasakan, Felda boleh ambil tindakan," katanya kepada TV Selangor yang menganggap agensi itu boleh mengambil tindakan perundangan tetapi KDN tidak wajar mengambil tindakan bagi pihak agensi berkenaan.

Anehnya, ketika isu Felda sedang hangat, KDN pula membangkitkan status permit Suara Keadilan akan yang diproses pada mesyuarat panel 13 anggota jawatankuasa mengkaji dan menilai permohonan permit penerbitan media cetak.

"Soal KDN itu soal kedua. Kalau Suara Keadilan buat berita yang dianggap memfitnah, soal KDN tarik balik atau tidak, tidak timbul," katanya lagi.

Tiada ulasan: