"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

279 Suspek Ditembak Mati Sejak 2000

Sekurang-kurangnya 279 suspek tidak ditahan tetapi ditembak mati oleh polis, manakala 147 orang maut dalam tahanan dari tahun 2000 hingga 2009.

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein mengumumkan data tersebut di Parlimen, namun tidak menjelaskan butiran kematian itu, atau tindakan yang dikenakan keatas anggota-anggota polis yang melepaskan tembakan maut itu.

Polis Diraja Malaysia sekian lama dihimpit persepsi buruk masyarakat, yang bimbang dengan isu keganasan pihak berkuasa mutakhir ini.

Jumlah kematian dalam tahanan semakin meruncing, meskipun kerajaan dan polis menafikan sebarang salahlaku anggota terbabit.

PDRM mengundang kecaman masyarakat selepas seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Hamzah, maut ditembak polis.

Pada Januari 2009, suspek bernama Kugan Ananthan turut maut di tangan polis semasa dalam tahanan, dengan kesan-kesan luka di tubuh dan muka dipercayai akibat deraan.

Anggota bertanggungjawab dalam dua kes tersebut kini menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Tiada ulasan: