"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penyanyi dilapor mengaku terbabit dalam video porno

JAKARTA: Pemeriksaan terhadap penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, berhubung video porno sudah berakhir.

Menurut laporan, Ariel sudahpun menandatangani dokumen siasatan dan mengaku terlibat dengan video berkenaan.

Perkara itu dinyatakan oleh satu sumber akhbar Internet, Detikhot di ibu pejabat polis di Jakarta ketika dihubungi dengan telefon semalam.

Menurut sumber berkenaan, Ariel membuat pengakuan pembabitannya sejak awal lagi.

“Ketika datang kali pertama dia sudah mengaku,” kata sumber berkenaan.

Katanya, polis enggan menetapkan Ariel sebagai suspek sebelum ini kerana mahukan bukti lain selain pengakuan penyanyi itu.

“Kita perlu mempunyai bukti untuk menguatkan pendakwaan. Kini, dia sudah menandatangani dokumen siasatan,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, peguam Ariel dan Luna Maya, OC Kaligis menafikan dakwaan itu.

“Tidak ada pengakuan. Saya tidak tahu mengenainya,” kata peguam berkenaan ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Jakarta, semalam.

-Agensi-

Tiada ulasan: