"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berpakat Usung Jenazah (YB Umno, PKR dan PAS)

Mohd Sayuti Omar

SAYANG gambarnya tidak ada. Kalau ada ia mungkin boleh dijadikan teladan dan iktibar yang cukup baik. Ia juga boleh dijadikan bukti bahawa orang Melayu masih bersatu dan dapat bekerjasama dalam hal-hal keagamaan dan kemanusiaan. Mereka boleh bergaduh dalam hal lain tetapi boleh sepakat dalam hal lain.

Seorang kawan yang menghadiri solat jenazah cikgu Daud Kedai Piah, Kota Bharu Kelantan Sabtu lalu telah memberi tahu yang tiga orang wakil rakyat sama-sama mengusung jenazah cikgu Daud turun dari rumah sebelum disambung orang lain ke tanah perkuburan.


Mereka ialah ahli parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Adun Umno Kok Lanas, Alwi Che Amat dan Adun Pas, kadok, Azami Mohd Nor. Kejadian ini adalah satu sejarah bagi penduduk di Parlimen Ketereh khasnya dan Adun Kadok amnya.

Kehadiran mereka tidak dirancang dan masing-masing hadir atas tanggungjawab sebagai seorang Islam dan juga selaku peranan wakil rakyat yang senantiasa mempedulikan rakyat.

Bagi Alwi walaupun kawasan di luar kawasan cikgu Daud tetapi beliau hadir atas hubungan waris antara beliau dengan cikgu Daud. Manakala Abdul Aziz pula selaku ahli Parlimen. Kedai Piah berada dalam kawasan parlimen diwakili Aziz.

Begitu juga kedatangan Azami atas kapasititnya sebagai wakil rakyat kawasan Kadok di mana cikgu Daud merupakan pengundi di dalam kawasannya. Sikap kepedulian Azami tanpa mengira warna parti anutan cikgu Daud boleh dibangga dan diberi pujian.

Cikgu Daud seorang tokoh politik yang terkenal di era 70-an dan 80-an. Beliau dikenali ramai serta diugeruni kerana ketegasannya. Allahyarham juga seorang ahli politik tempatan yang dimalui ramai.

Kerjasama sepontan antara tiga wakil rakyat itu sungguh istimewa dan tentu menyentuh hati mereka yang memandangnya. Ia mungkin boleh dijadikan ilham untuk membentuk kerjasama antara Melayu dari tiga fraksi politik berbeza, PKR, Umno dan Pas. Kalau dalam soal-soal keagamaan dan kemanusiaan boleh bekerja sama, saya tidak fikir dalam politik perkara yang lebih penting untuk survival Melayu kalau mereka tidak boleh bergabung.

Sejahat mana atau sebenci orang Melayu kepada Melayu lain tetapi orang Melayu tetap berhak untuk solat jenazah dan mengusung jenazah ikhwannya, tanpa ada yang tergamak mencegahnya. Bagaimana pun sebaik dan seakrab mana seseorang Melayu dengan bukan Melayu - bukan Islam kawan itu tidak berhak (boleh) untuk solat dan tidak manis untuk mengusung jenazah ke tanah perkuburan.

Apakah sehinggakan orang Melayu berdepan dengan tradegi seperti kematian itu baru hendak bersatu? Al fatihan atas kematian cikgu Daud. [wm.kl. 7:50 pm 23/08/10]

Tiada ulasan: