"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 orang nyaris maut apabila bangunan runtuh lagi di Terengganu

BESUT: Enam pekerja pembinaan nyaris maut apabila bangunan tempat mereka bekerja di Padang Astaka, Jerteh di sini tiba-tiba runtuh dan menghempap mereka dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Tiga daripada mereka yang terdiri daripada dua warga Indonesia dan seorang dari Bangladesh, sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar daripada timbunan bangunan itu manakala tiga lagi mangsa iaitu dua warga Bangladesh dan seorang Indonesia yang terperangkap dalam runtuhan itu berjaya diselamatkan lebih dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Daerah Besut dan keadaan mereka masih lemah.

Katanya, keenam-enam mangsa ialah Suksan Ali, 25, Fandi, 20, dan Ari, 31, masing-masing dari Indonesia manakala mangsa warga Bangladesh dikenali sebagai Raju, 42, Munawir, 20, dan Zilo,40.

"Kejadian dipercayai berlaku setelah konkrit bumbung bangunan Astaka baru dikatakan tiba-tiba runtuh ketika beberapa pekerja sedang menambah simen dalam konkrit jeriji besi," katanya.

Kamaruddin berkata, tiga kren dan dua jentolak digunakan bagi menarik besi yang runtuh untuk mengeluarkan tiga mangsa yang terperangkap itu.

"Seorang daripada mangsa ditenggelami simen daripada paras pinggang manakala seorang lagi membabitkan kedua kakinya ditenggelami simen dalam runtuhan itu," ujar beliau.
-Bernama-

Tiada ulasan: