malaysiatopbloggers
Sultan Johor kedua, Sultan Sir Ibrahim adalah seorang Sultan yang mempunyai kekayaan peribadi yang terlalu banyak.
Walaupun menjadi antara manusia terkaya di dunia pada zaman itu, baginda juga terkenal kerana kemurahan hatinya dengan menghulurkan bantuan dengan tangan terbuka.
Di Tanah Melayu tahun 1927, baginda mendermakan $25,000 setiap satu kepada Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang keseluruhan berjumlah $100,000.Baginda dan kerajaan Johor pernah menderma 16 pesawat kepada pihak British semasa Perang Dunia I dan menderma AS $12 juta kepada usaha perang British semasa Perang Dunia II.
Dengan bantuan kewangan daripada baginda, Britain menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk memasang tiga senjata api (The Monster Guns) berukuran 15-inci yang terbesar di luar Britain yang dikenali sebagai Johor Battery di Changi untuk pertahanan Singapura pada masa itu.Fasa pemerintahan baginda adalah satu kebanggaan bagi Johor.
link asal di sini
kemudian dengar kuliah ini, hubungkaitkan minit ke 7 pada kuliah ini dengan artikel di atas.
-tranungkite-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan