"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri biaya artis: Wanita KEADILAN minta SPRM siasat

Aisha Geoffrey 
PUTRAJAYA, 21 Jun: Wanita KEADILAN menyerahkan memorandum menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari mana Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal peroleh RM1.5 juta untuk membiaya artis terkenal, Zahida Rafik.

Memorandum tersebut disampaikan oleh Ketua Wanita Cabang Ampang, Salmah Ismail dan Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat, Azura Aziz dekat sini hari ini.

“KEADILAN meragui jumlah (wang) yang sebegitu banyak, dari mana sumbernya, itu yang kita perlu minta campur tangan SPRM untuk siasat,” jelas Salmah ketika ditemui selepas itu.

Menurut Salmah, gesaan itu dibuat berdasarkan laporan polis oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi yang turut menyatakan secara terperinci semua transaksi bank sejak Oktober 2011 hingga Februari 2012.

Wanita KEADILAN turut menuntut penanggjawaban Menteri supaya tampil menjelaskan sumber kewangannya demi mengelak salah faham sekaligus membersihkan nama beliau.

“Kita cuma nak Shafie disiasat sebab RM1.5 juta itu bukannya sedikit, tak mustahil seorang menteri mempunyai sejumlah simpanan peribadi yang banyak tetapi rakyat berhak tahu dari mana sumber wang tersebut,” kata Azura.

Pada 18 April lalu, Ketua Wanita KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan Shafie memberi hampir RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan.

Bagaimanapun, sehingga kini, Shafie masih berdiam diri berhubung skandal ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam,

nak lawan si bung ler tu ikiki

KLIK PERLUKAH LAGI KAKITANGAN KONTRAK