"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kebangkitan rakyat Johor dalam PRU 13, PAS sasarkan menang 15 kerusi DUN

Muda Mohd. Noor 
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat yakin akan merampas Johor dalam pilihan raya umum ke 13 dengan sasaran menang sekurang-kurangnya 29 kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, keyakinan itu berdasarkan kebangkitan rakyat Johor sejak kebelakangan ini.

“Kebangkitan Rakyat atau tsunami politik akan sampai ke Johor dalam pilihan raya umum ke 13.

“Kita menawarkan calon yang berwibawa dan berkaliber serta manifesto membantu rakyat,” katanya,

Pakatan Rakyat akan meletakkan semua calon di 56 kerusi DUN dan 26 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13.

PAS kata Dzulkifly akan bertanding 30 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen serta seorang calon bukan Islam.

Pada 2008, PAS Johor bertanding sembilan Parlimen dan 33 DUN dan menang DUN Maharani dan Sungai Abong.

Calon bukan Islam akan bertanding di DUN Tiram sebagaimana pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari BN.

“Peluang PAS berdasarkan isu-isu rakyat di Johor kali ini cerah walaupun tidak mudah,” katanya lagi.

'PAS menang 15 DUN'

Menurut Dzulkifly, PAS Johor juga sudah menghantar senarai nama calon kepada ibu pejabat parti untuk kelulusan.


Katanya, dalam senarai tersebut termasuk Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mahfodz Mohamad dan Naib Presiden, Salahuddin Ayob.

Salahuddin disebut-sebut bertanding kerusi Parlimen Pontian, kampung halamannya. Kerusi itu kini diwakili Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri.

Katanya, ibu pejabat PAS akan memilih calon berdasarkan beberapa faktor termasuk kelayakan serta rekod dalam parti sebelum diumum menjadi calon PAS.

“Biasanya nama calon PAS akan diumum beberapa hari sebelum hari penamaan calon,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS menang dua kerusi DUN iaitu Maharani dan Sungai Abong.

Mahfodz berkata, PAS meletakkan sasaran realistik iaitu menang 15 kerusi negeri berdasarkan fokus parti sebaik selesai pilihan raya umum 2008 dan sokongan pengundi.

Beliau juga mengumumkan lebih ramai muka baru akan mewakili parti itu kali ini.
-freemalaysiatoday-

Tiada ulasan: