"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berita Panas !!! Ambooi Dekat PRU 13 baru nak sokong Hudud ye kau !!!

abuluqman

ambooi manis sekali...
Timbalan menteri sokong hudud di Johor (Gambar kiri).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

"Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

"Jika usaha ini dapat dilaksanakan, BN akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian di Shah Alam.Beliau bagaimanapun dilapor berkata, pelaksanaannya perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud. Malaysiakini

Catatan ABu Luqman: ambooi kalau UMNO cadang,, terus disokong... kalau PAS cadang, kata Hudud PAS la... apa ni Dr Mashitah... main main ke..... kita tunggu... kenyataan PM atau, TPM nanti
-tranungkite-

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Timb.Menteri ni mimpi ke apa? Cakap merapu je...dok cakap bab 'kalau'Johor buat jadi yang pertama, bukan macam kelantan cakap kosong! Dah segala kuasa ada mulakanlah Hudud bukan saja di Johor tapi semua negeri yang BN pegang. Prasarana ni alasan dangkal menteri.54 tahun berkuasa tak sedar ke tanggungjawab tegakkan hukum Islam. Sekadar statement test market takpayahlah Mak shit tah ooiiii!!