Rizal Tahir
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan pemimpin kerajaan pusat supaya tidak membelanjakan hasil royalti kerajaan Kelantan sewenang-wenangnya, apa lagi untuk memancing undi.
“Pihak pusat nak belanja sebanyak mana duit dia, saya tak soal, tetapi jangan sampai mengganggu royalti Kelantan.
"Rakyat Kelantan tidak akan memberi undi pada kerajaan Pusat sekiranya royalti dicabuli,”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media di pejabatnya petang semalam sebagai mengulas Belanjawan 2013 yang baru diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dua hari lalu.
Tuan Guru bagaimanapun mengakui belanjawan berkenaan lebih kepada ‘membeli undi’.
“Apa tujuan beli undi. Apabila dekat nak pilihanraya perbelanjaan lebih daripada biasa, jadi orang kata beli undilah.
“Kerajaan tolak (menafikan) yang mereka berbuat demikian itu hak dialah, tetapi rakyat sekarang dah semakin sedar ada perkara yang pelik berlaku sebelum pilihanraya,”ujarnya.
Tambahnya, sebelum pilihanraya tidak berlaku perkara sebegini (tawaran untuk rakyat dalam bajet), jadi mahu tidak mahu ianya bertujuan untuk beli undi.
Ketika ditanya adakah membeli undi seumpama memberi rasuah, beliau berkata ianya bukan masaalah rasuah yang ingin diperkatakan.
Tetapi tambahnya seperti meletakkan taraf rakyat dengan sesuatu yang tidak wajar sebagai cagaran untuk mendapatkan undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan